GPPV bertujuan untuk membantu Syarikat Vendor menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu yang berinovasi dan fokus terhadap kehendak pasaran. Ia juga membantu Syarikat Vendor mengembangkan pasaran, meningkatkan perolehan serta berkemampuan untuk mengeksport produk/ perkhidmatan ke pasaran serantau dan antarabangsa.
Geran ini terbuka kepada semua Syarikat Vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
i. Berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV).
ii. Mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.
iii. Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek GPPV sehingga selesai.
iv. Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan Syarikat Vendor dan Ketua Projek yang dilantik oleh Syarikat Vendor mestilah tidak pernah disabitkan atas apa-apa aktiviti penipuan atau syarikat yang telah diisytiharkan bankrap, diletakkan di bawah penerimaan atau pembubaran.
v. Syarikat Vendor tidak terlibat dengan projek GPPV lain yang masih berjalan.
i. Cadangan projek mesti mengandungi elemen inovasi yang menjurus kepada pengkomersialan produk, proses dan perkhidmatan yang inovatif.
ii. Projek mestilah bertujuan untuk pembangunan inovasi/ penambahbaikan terhadap produk/ proses/ perkhidmatan sedia ada yang berpotensi untuk dikomersialkan. Projek atau produk yang dalam peringkat kajian adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan MEDAC.
iii. Syarikat Anchor perlu mengemukakan surat sokongan dan mengesahkan bahawa projek GPPV yang dilaksanakan oleh Syarikat Vendor tersebut berinovasi dan berupaya untuk dipasarkan (marketability)
Kaedah penawaran geran ini adalah menggunakan konsep Geran Sepadan (Matching Grant) di antara pihak Kerajaan dengan Syarikat Vendor (90:10). Had maksimum pembiayaan oleh Kerajaan adalah 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sehingga RM1 juta bagi setiap permohonan.
Tempoh minimum menyiapkan projek adalah selama 6 bulan dan tempoh maksimum adalah selama 12 bulan dan disusuli dengan tempoh penilaian outcome dalam tempoh 6 bulan selepas tamat projek GPPV
Geran ini memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan yang dipacu oleh kehendak pasaran (market driven) dan disokong oleh Syarikat Anchor menerusi mana-mana dua (2) fasa berikut:
i. Pra-Pengkomersialan; dan
ii. Pengkomersialan.
Geran ini boleh digunakan untuk tujuan berikut;
i. Loji perintis/ prototaip - perolehan peralatan dan infrastruktur sokongan yang berkaitan secara langsung dengan loji perintis;
ii. Penyediaan dan pendaftaran Harta Intelek/ Intelectual Properties (IP) (IP baru dan yang sedia ada);
iii. Pengujian pasaran atau penilaian;
iv. Pematuhan kepada peraturan dan standard;
v. Perbelanjaan untuk perkhidmatan (perundingan/ pengujian);
vi. Perbelanjaan yang dikenakan kepada tenaga kerja/ personnel contoh pembantu penyelidik;
vii. Perolehan bahan mentah;
viii. Perolehan Teknologi dan Harta Intelek (IP); dan
ix. Lain-lain aktiviti dalam fasa (i) dan (ii) skop geran, tertakluk kepada persetujuan MEDAC.
i. MIDF merupakan agensi yang dilantik oleh MEDAC untuk menguruskan pemantauan dan penyaluran geran bagi projek.
ii. MIDF akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada Syarikat Vendor yang diluluskan. Tawaran tersebut perlu diterima oleh Syarikat Vendor dalam tempoh 14 hari bekerja. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tawaran tersebut terbatal atau ditarik semula.
iii. Semua yuran guaman, duti setem profesional dan perbelanjaan yang berkaitan dengan dokumentasi undang-undang hendaklah ditanggung oleh Syarikat Vendor.
i. Jumlah pembiayaan geran oleh Kerajaan bagi setiap permohonan adalah maksimum 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM1 juta.
ii. Syarikat Vendor juga adalah tertakluk kepada caj pentadbiran pembiayaan geran sehingga 3.5% oleh pihak MIDF yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan kerajaan.
iii."Retention sum"pada kadar 10% dari jumlah Dana yang disalurkan kepada MIDF dari semasa ke semasa akan dipegang oleh MIDF sebagai "trustee" sepanjang tempoh pelaksanaan projek dan akan hanya disalurkan kepada Syarikat Vendor setelah memperolehi Surat Penyempurnaan Projek.
iv. Pembayaran akan dilakukan berdasarkan peratusan kerja disempurnakan di tapak projek selari dengan kemajuan Milestone dan dibuat secara bayaran balik (reimbursement basis) seperti yang telah dipersetujui di dalam Surat Tawaran.
i. Permohonan GPPV oleh Syarikat Vendor hendaklah disertakan dengan surat sokongan Syarikat Anchor.
ii. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan salinan pembentangan projek yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut format yang telah ditetapkan.
iii. Borang permohonan GPPV yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada sekretariat GPPV sebelum masa dan tarikh tutup yang ditetapkan di:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor
Aras 2, Blok E4/5
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62668 Putrajaya
(u.p: Pengarah Seksyen Pembangunan Vendor)
Nama: Azrilah Abd Aziz
No.Tel: 03 8883 6453/ 6263
Emel: azrilah@medac.gov.my
Nama: Ariff Murzali Ramlee
No.Tel: 03 8883 6267
Emel: murzali@medac.gov.my
Nama: Imran Jamily Johari
No.Tel: 03 8883 6209
Emel: imranjj@medac.gov.my
Nama: Azam Omar
No.Tel: 03 8883 6365
Emel: azam.omar@medac.gov.my
Nama: Muhd Ikram Zulkurnain
No.Tel: 03 8883 6209
Emel: ikram@medac.gov.my
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tarikh Kemaskini : 17/01/2021